3/01/2010

PostHeaderIcon Permulaannya Adalah Aku



Di suatu tengahari yang panas lagi memanaskan jiwa raga ku ini di tambah pula dengan cahaya matahari menyinari terang akan bumi yang indah nan permai...cehh..tetiba la pulak..hehe..dengan tidak semena-mena aku membuka seluar semula Blogspot yang telah lama bekurung dalam ingatan sebesar 2Gb ku ini. Setelah lama menyepi, aku dengan senang hatinya membina satu blog yang mana akan menjadi sebuah diari kehidupan ku. Aku harap blog ni akan menjadi blog yang terakhir, yang mana blog-blog ku sebelum ni kurang berjaya disebabkan kurangnnya ilmu tentang blog dan memang takda idea nak masukkan apa...hmm...so seksi..haha..

So, kemunculan blog baru ini seterusnya akan mengubah rutin harian ku yg mana semakin hari aku terasa amat bijak bosan! Kawan pun dah berkurangan..bukan apa pun..yang lain dah pindah ke IPT negeri masing-masing. Ternyata tanpa mereka aku tak tahu nak buat apa. Kebosanan amat menyerlah di sanubari jantung hati ini! hehe..Buat masa ni, hanya surf internet saja yang mampu aku lakukan untuk hilangkan suasana bosan. Kalau kawasan sekarang ni bandar takpa la juga..ni just pekan jak pun..aduuhh...tak berkembang langsung kemodenan di kepala otak nih!!

Namun itu semua takkan pernah melemahkan batin semangatku untuk terus menjadi Superduper Hero dalam membina blog ini. Walaupun pada hakikatnya takda apa pun yang interesting sangat kat dalam blog nih! So, dari itu, aku harus menjaga penampilan ku agar aku sentiasa kelihatan muda dan bersinar di mata hati kaum hawa..e'eh..melebih la pulak..sori..sori..nak sangat jadi Hero...hehe..Hm..Sementara menunggu air yang aku masak tadi mendidih, besar hati ku untuk memberikan sumbangan pantun kepada para pembaca di dalam blog ini...

     "lapan dan tujuh kalau di tambah jadi enam"

Ya..itu lah sebuah pantun yang hingga kini aku ingati. Kerana pantun itu lah aku mendapat pangkat 1 darab 4 dalam SPM! haiyoo...Apapun, jangan puji lebih-lebih pulak akan kehebatanku berpantun okie! Dah serik sangat mendapat pujian nih! Apatah lagi surat-surat cinta yang datang dari Unit Displin sambil melafazkan kata-kata cintanya kepada ku yang berbunyi " waaa..cantik rambut"..haha..Melayang RM50!!

So, tanpa memenatkan mata anda membaca satu persatu perkataan dalam post pertama ni..aku dengan lafaz nafas yang kepenatan naik tangga asrama ni merasmikan pembinaan blog yang amat canggih ni!!..haha...

Sebelum mengakhiri post pertama ni, aku ingin berterima kasih kepada para pengunjung dan pembaca yang sanggup, kebetulan dan tersesat serta terpaksa masuk ke blog ini, sekian..

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Apa yang sedang anda fikirkan

Cari Di Sini

KidHambur KFunC's Fan Box

Shoutbox