3/04/2010

PostHeaderIcon Kelas Hari Ini Memenatkan

♪ Semalam I call you , you tak answer ♬..hehe..Nyanyian khas untuk pengunjung sekalian..Hm..cerita pasal malam semalam, memang best..Rasa bagai tidur dengan puteri dari kayangan jak..haha..teramat lena!! Aku rasa kalau ada kebakaran pun masa tu, confirm takkan bangun-bangun juga. Satu keajaiban bagi aku tu..tidur awal dan lena..selalunya tak tidur sampai lah waktu kelas! Nak jadi macam Keluang Man lah konon...heee..Di sebabkan oleh habit aku tu lah sampai ada yang panggil aku "Kelawar"..eishh!! Memang sah nak kena orang tuh! Tapi kalau difikirkan semula, aku dah memang macam kelawar pun...Malam berjaga, siang tilam dan bantal mariiiii...Kadang-kadang sampai tak turun kelas. Bukan malas..cuma tak boleh dah nak elak..Tak tidur malam dah sebati dalam sanubari nih!! Ok, bila dah bangun dari tidur semalam tu, memang segar..tapi jadi tak segar bila takda air nak mandi!! Boleh sakit jiwa juga dibuatnya!! Huh!! Marah nih!! Jadi terpaksa lah turun kat aras bawah..mandiiii..rasa best juga sebab dapat turun naik tangga di awal pagi..hehe

Selepas mandi, aku pun bersiap-siap lah nak pegi kelas ni...semangat dah berkobar-kobar. Untuk kelas pertama lagi lah aku semangat, sebab dapat belajar cara nak install Linux OS!! Hah?? Baru nak belajar?? Yup, baru nak belajar..kesian kan? Takpa laaa...pa boleh buat..hehe..ok, masa nak try install Linux tu yang sukar untuk diterima..penat oww..aku terpaksa menukar CD installer sebanyak 8 kali barulah dapat install Linux OS yang jahanam sempurna. Apa pun yang best sangat bila dapat bantu kawan-kawan lain yang sama-sama belajar install Linux nih..haha..Tak tahu tanya yang tak tahu..memanglah semua tak tahu..Nasib baik aku dah belajar sikit-sikit tentang install Linux sebelum ni..So, hari tu terasa teruja juga sebab dapat install distro Linux yang lain..sememangnya masing-masing mempunyai perbezaan..tak kira lah samada cara install mahupun interface distro tu sendiri..banyak lagi perbezaanya..kalau nak tahu, install lah sendiri..hihi..Sekarang ni pun aku guna Linux Mint [ Helena ]..bagi aku ianya simple, sesuai bagi yang baru nak masuk ke alam OS Linux..cuma tak best sangat kalau main Warcraft III map DoTA..sangkut!! Lag!! Perlu banyak belajar lagi lah..tapi bagi sesapa yang terasa ingin bertukar ke Linux, jangan segan silu untuk bertanyakan kepada Google ataupun kawan-kawan yang dah arif sangat tentang Linux..hehe..jangan tanya aku..aku pun baru belajar jugak..

Tiba masa untuk kelas kedua dan terakhir untuk hari ni..Kepala dah mula nak tidur jak..perut apatah lagi..dari tadi melolong meraung minta diberikan makanan..Lapar oww..Masa tu kelas untuk Database..di awal setengah jam tu aku boleh tahan lagi..bila dah lama-lama..aku sepatah apa pun tak dengar lecturer tu cakap apa...dah mengantuk sangat..mungkin sebab kepenatan install OS tadi..hehe..Tiba-tiba lect tu dah perasan lah pulak yang aku nih dah ngantuk..dapat teguran free!! Bila kelas tu dah abis then keluar, terdengar aku akan satu ayat ni "Kalau eya pun minat memancing, jangan la sampai di kelas pun nak memancing.." hehe..aku rasa ayat tu memang untuk aku lah tu..malunyaaa...Jadi kesimpulanya disini..Gunakan lah Linux..haha..sebenarnya aku nak promote Linux ni jak...ok lah..aku rasa dah cukup untuk aku berblog dan cerita benda-benda karut lagi mengarut nih..mata pun dah ngantuk..aku tidur dulu..selamaat...

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Apa yang sedang anda fikirkan

Cari Di Sini

KidHambur KFunC's Fan Box

Shoutbox