3/03/2010

PostHeaderIcon KFunC's Blog Ver.1.0b



Salam membaca semua...hehe..nak membaca pun kena salam oww...Hmm..Hari ni terasa amat terluka, termakan hati, ter semua jenis ter walaupun sepatutnya tidak! Aku tak tau samada mereka lupa atau sengaja nak bikin gua panaaas punyee..Aku sedarlah...aku still baru lagi..dah lama-lama ok lah tu..Tapi yang lain memberikan komen yang agak baik atau mungkin ingin menjaga hati kecil ku ini..Apa pun kritikan korang, aku tetap aku dan akan meneruskan perjuangan untuk menjaga dan membesarkan blog ini sehingga ke jinjang pelamin..laaaa..macam nak membesarkan anak lah pulak...Yalaa..keadaan macam nih semua kata-kata nak keluar..aduuh..nasib la motto hidup aku "saya budak baik"!hehe...aku memang budak baik pun...lalala

Aku bukan apa pun, cuma bila terdengar orang lain kutuk, maki hamun ntah apa suma tentang blog ni, terasa la jugak...Dah aku yang buat semuanya...penat jak jari-jemari halus lagi gebu ni menaip. Kalau ya pun, bagi lah nasihat ka..tips-tips yang berguna ka..ini tak, suka-suka gigi dia jak nak kutuk-kutuk!! Eish!! Sekali lagi aku nak beri pengetahuan korang yang berkaitan, atau mungkin para pembaca yang lain yang sememangnya perlu tahu, Blog ni masih lagi Beta...ataupun lebih senang diberikan maksud sebagai 'masih dalam tempoh percubaan'...Walaupun percubaan, aku akan berusaha untuk terus maju dan memajukan blog nih..InsyaAllah..Sebenarnya suatu masa dulu, aku tak terfikir pun nak berblog..kalau ada pun saja nak suka-suka..buang tebiat tambahkan pengguna blog!! Tapi kini aku merasa blog ini harus di abadikan dengan jiwa aku..cehh..Kata-kata seorang kesepian...hehe..

Sebelum apa-apa terjadi, aku nak minta maaf juga kepada yang berkenaan serta pembaca sekalian, sebab post kali nih agak menganggu emosi kalian..hehe..sorii..Tapi, semua perlu di lepaskan..susah juga kalau di simpan-simpan...kan?kan?kan? Oh ya..berita gembira yang aku dapat juga untuk hari ni, projek Web untuk kelas ktorg sedang di jalankan..dan mungkin blog ni akan di iklankan secara percuma..khas untuk yang bertuah seperti aku yang hensem lagi berkerampilan ini..hoho..ok lah..sekian sahaja pembacaan untuk post yang ni..semoga happy selalu..Jadi boleh sentiasa kelihatan muda..yaiii...

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Apa yang sedang anda fikirkan

Cari Di Sini

KidHambur KFunC's Fan Box

Shoutbox