3/28/2010

PostHeaderIcon Tutorial Mudah Membuat Template Blog

Salam..okie..tutorial aku kali ni mungkin akan memenatkan otak korang untuk terus berfungsi bagi memerah segala kekreatifan yang ada pada korang sendiri. Apapun..yang nak sangat template yang agak canggih lah juga rasanya, boleh lah try tutorial ni...Senang je..tak perlu tau banyak sangat tentang coding..
3/26/2010

PostHeaderIcon Sukan Lelaki 18SG


Heyoo..Hah, ni short entry dari aku...kita berhibur sebentar...Tapi aku pasti, kalau korang dah tengok gambar nih, confirm korang akan kata "Aduh!! Parah!! Parah!!"..Hah, semenjak dari tengok gambar nih lah aku dah insaf takkan main sukan-sukan macam nih lagi..huhu....
3/25/2010

PostHeaderIcon Ceritera Aku Jatuh Cinta

Terlalu indahnya jika seseorang itu jatuh cinta. Ya, begitu juga dengan aku..hehe..Banyak kali jatuh cinta, tapi akhirnya tersungkur sebab tak terbalas..haha..Nasib lah, apa boleh buat..Kadang-kadang kita jatuh cinta kepada seseorang sehingga kita tidak sedar apa yang kita lakukan untuk menarik perhatian si dia, tapi tidak pula berterus-terang akan perasaan kita terhadap si dia..betul tak? Mesti ramai yang pernah merasai seperti ini..kan?Macam aku juga..hihi..Oleh itu, entri kali nih aku cuba huraikan tanda-tanda aku jatuh cinta..sekadar apa yang aku lalui..ikhlas dari perasaan aku sendiri..nak kongsi dengan korang..
3/23/2010

PostHeaderIcon Selamat Tinggal CutiKu

Kelas..kelas..kelas...tak suka..tak suka..tak suka..adeh!! Rasa nak tubuhkan Kelab Ponteng Kelas pula. Cuti seminggu lalu dah pun di tamatkan akan riwayat tempohnya..Sekarang ni, nak pegang pen pun rasa berat jak tangan..Tapi apa lah daya diri ku...Pelajar buat cara pelajar lah..Kelas tetap kelas..Hah, nak cerita tentang cuti seminggu tu, memang akan cepat habis..hehe..Yalaa..Kerja aku cuma mencari ilmu-ilmu tentang blog dan cara berblog..Tapi, macam sia-sia jak rasa hati ni..seminggu tu cuma dapat 50% yang masuk kat dalam otak..yang lain haram!! Tak faham langsung!! Dah banyak tanya blogger yang pakar, tapi..takda respon pun..sedih....huhu...Apapun, akhirnya siap juga template blog aku ni..macam kertas A4 putih di tampal dengan kertas warna biru. Simple yang teramat..Tugasan dan projek pun dah siap..So, lepas nih nak sentiasa update blog lah..harap-harap tercapai walaupun takda yang support..huhu..dah namanya blog syok sendiri...hahahaha [ketawa sambil sedih ] huhu...
3/18/2010

PostHeaderIcon Tutorial Mudah Membuat PopUp Shoutmix

Selamat berkunjung ke halaman blog aku yang menyakitkan mata nih..maaf sebab aku tak sempat nak siapkan layout blog nih, adsense aku pun dah gila!!!..so, sapa-sapa yang sakit mata tengok, minta maaf sekali lagi.. assignment banyak sangat, tu yang tak sempat nak buat apa-apa..Hehe..Entri ni aku masukkan sebab tak nak blog ni kosong jak..haha..bijaknyaa...Ok lah, bagi sapa-sapa yang tak nak shoutmix korang terpapar dengan indah kat blog korang, korang leh buat macam kat tutorial aku kali nih. Cuma script biasa, memang simple sangat!! Masa pop up shoutmix tu mungkin delay 3 sec lah. Tapi kalau nak, try this :
3/16/2010

PostHeaderIcon Manusia Tertinggi VS Manusia Terpendek


Tahukah korang, dalam Guinness Book of World Records Edisi 2010, tercatat bahawa Sultan Kosen adalah manusia yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 246 cm, dan manusia terpendek di dunia adalah Pingping yang hanya mempunyai ketinggian 74 cm.
3/15/2010

PostHeaderIcon Untuk Kite2 Aje


Salam 1 Malaysia semua..hehe..sebenarnya aku sendiri tak faham tentang konsep 1 Malaysia..Tapi dari pembacaan aku, konsep tu datang dari idea penyatuan satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Ok lah..tak nak bincang tentang tu, nanti ada pula yang fikir blog ni membincangkan tentang isu politik. Aku ni apalah sangat nak bincang-bincang semua tu..Hm..Untuk Kite2 aje??haha..ntah apa-apa la tajuk yang aku bagi nih..Tapi entri kali ni memang khas untuk para blogger sekalian..nak kongsi pengalaman aku tentang blog kesayangan aku nih...

PostHeaderIcon Cinta Itu Pembunuh Bersiri

Selamat mengunjungi blog yang masih beta ini..hehe..still nak bagitau yang blog ni masi beta..adehh..Dan selamat membaca post yang terbaru ni dengan aman sekali...dengan aman? kenapa? Kerana mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat aku nih...jadi aku taknak korang gado-gado dengan mengatakan bahawa pendapat korang lebih betul..Tapi itu lah ertinya pendapat, memberikan contoh atau pandangan dengan menggunakan idea atau kefahaman yang ada...So, sapa yang betul? Allahualam...Kini, bercinta boleh dijadikan sebagai satu syarat yang wajib kepada sesetengah orang..Melalui pencarian aku apabila disebut tentang cinta, ada yang berpendapat, bercinta membuatkan mereka semangat untuk melakukan sesuatu, malu tanpa ada kekasih, brcinta kerana suka-suka, bercinta kerana menginginkan sesuatu dari pasangan.Wah..banyak juga persepsi manusia tentang cinta. Apa pun pandangan korang, bagi aku cinta adalah sesuatu perasaan yang mana ianya memerlukan pengorbanan diri iaitu berusaha dalam membahagiakan pasangan dan memberikan sepenuh kasih sayang..hehe..pendapat yang ikhlas dari aku...Tapi korang kena ingat, perasaan cinta bukan saja dari manusia ke manusia..Yang pastinya, jangan lah sehingga diperhambakan cinta sehingga kita lupa cinta kita kepada yang Maha Esa..
3/12/2010

PostHeaderIcon XAMPP Pakej Server

Sebelum apa2 terjadi...tumpang lalu luk kpd para pro yang banyak tau ttg artikel kali ni..lau ada salah, harap di komen...hehe...K, setelah lama mencari cara untuk membuat web dan forum tanpa perlu upload atau connect ke internet, akhirnya aku terjumpa ngan satu aplikasi yang dinamakan XAMPP. Rasanya released pada tahun 2002 lagi..baru kini aku dapat..hoho..kesiaan...semua ni terjadi sebab aku rasa terpaksa untuk melakukannya..haiyoo..xlaaa..cuma ingin mengetahui...manala tau suatu masa nanti aku terpaksa buat benda2 ni suma...nnt senang cerita...

XAMPP ni, lau bagi aku..di gunakan sebagai pakej server yang bole hosting kat local...maknanya, lau nak test buat web, korg leh buat kat dlm PC sndri tanpa perlu connect kat internet...uuuu...So, lau da siap, ble la publish kat internet...mudah kan?? Buat masa ni, aku da try applikasi web dari Joomla ngan Phpbb3 jak...yang len aku x taw la pl cmna..dan aku guna OS dr Windows..tapi jangan risau..aplikasi XAMPP ni juga boleh diguna pakai untuk OS yang len..cuma download mengikut OS anda la..hehe..so, anda bole la bermain jadi administrator website..dan boleh la anda syok sendiri untuk buat post dan balas post anda sendiri..haha..so, xpayah pikir panjang weeii....try la gunakan XAMPP ni..
3/09/2010

PostHeaderIcon Profile HTML Tutorial

Tutorial kali ni adalah tentang Profile HTML kat Facebook. Box ni korg leh edit mengikut kreativiti korg, tapi menggunkan code HTML. So, bagi sapa2 yg xfaham bahasa HTML ni, bole rujuk kat bawah...tapi asas jak lah...lau nak up lg, korg leh pegi kat sini. Blajar sikit2, lama2 dah bole jadi hacker lah..haha..

PostHeaderIcon Aku Membuat Scrapbook Linux

Aku dan Scrapbook yang hodoh!! Haha..Cuma aku tak la pulak hodoh..Tuhan dah bagi rupa yang sempurna sebagai HambaNya. Syukur...Aku terpaksa update juga blog ni, sebab takut blog aku kosong tanpa apa-apa entri pun..Jadi bila fikir balik, aku nak jadikan cerita scrapbook ni masuk kat dalam blog. Hehe...Lepas jak siap buat scrapbook tu, aku terus buka blog untuk menconteng-conteng blog aku nih. Hm..Hari ni sebenarnya kelas di batalkan, tapi...dikejutkan dengan membuat scrapbook. Yang pasti scrapbook tu kena siapkan dalam masa 24 jam! Haduh..rasa nak sakit jiwa jugak. Yalaa..modal takda weii..Kat dalam poket nih cuma ada RM3 jak pun..Namun semua tu tak menjadi masalah besar buat aku yang sentiasa memikirkan jalan penyelesaian seperti ini..ehee..Aku kan Super Hero...haha..Jika Linux boleh kata "Free to use", aku pulak boleh fikir "Free to made"..Yaa..buat scrapbook secara percuma..Tapi bagaimana? Alaaa..senang jak pun..guna lah tangan..manada orang buat scrapbook guna hidung pulak..hee..Semuanya dari barangan terbuang, tapi bukan lah pula bermaksud aku ambik dari tong sampah..tidak...Aku ambik dari lebihan ataupun cebisan kertas warna dari kawan yang lain..haa..kan senang..Lepas ni tak payah nak fikir-fikir beli itu beli ini...Tapi untuk korang, jangan buat macam ni tau..nanti kawan fikir kita mengambil kesempatan...tapi kalau terpaksa, nak buat camna kan??..Kerja membuat scrapbook ni adalah untuk mempromosikan Linux kepada awam...Jadi buat la iklan berbentuk scrapbook..Kepala dah nak hampir pecah bila fikir macamana nak buat iklan tu berhasil melalui scrapbook..Hentam saja la Labu..yang penting siap..haha..memang sah pemalas aku nih!!
3/07/2010

PostHeaderIcon Tutorial Mengubah Layout Facebook


Setelah ramai yang bertanyakan tentang hal ini, aku dengan sesuka hatinya memberikan tutorial yang mungkin berguna juga lah!!hoho...Ok..Sebelum anda bergembira dan rasa teruja kerana mendapat layout / theme Facebook ni, aku dah sediakan cara-cara dan macamna untuk memulakan proses penukaran kulit layout nih.
3/04/2010

PostHeaderIcon Kelas Hari Ini Memenatkan

♪ Semalam I call you , you tak answer ♬..hehe..Nyanyian khas untuk pengunjung sekalian..Hm..cerita pasal malam semalam, memang best..Rasa bagai tidur dengan puteri dari kayangan jak..haha..teramat lena!! Aku rasa kalau ada kebakaran pun masa tu, confirm takkan bangun-bangun juga. Satu keajaiban bagi aku tu..tidur awal dan lena..selalunya tak tidur sampai lah waktu kelas! Nak jadi macam Keluang Man lah konon...heee..Di sebabkan oleh habit aku tu lah sampai ada yang panggil aku "Kelawar"..eishh!! Memang sah nak kena orang tuh! Tapi kalau difikirkan semula, aku dah memang macam kelawar pun...Malam berjaga, siang tilam dan bantal mariiiii...Kadang-kadang sampai tak turun kelas. Bukan malas..cuma tak boleh dah nak elak..Tak tidur malam dah sebati dalam sanubari nih!! Ok, bila dah bangun dari tidur semalam tu, memang segar..tapi jadi tak segar bila takda air nak mandi!! Boleh sakit jiwa juga dibuatnya!! Huh!! Marah nih!! Jadi terpaksa lah turun kat aras bawah..mandiiii..rasa best juga sebab dapat turun naik tangga di awal pagi..hehe
3/03/2010

PostHeaderIcon KFunC's Blog Ver.1.0b



Salam membaca semua...hehe..nak membaca pun kena salam oww...Hmm..Hari ni terasa amat terluka, termakan hati, ter semua jenis ter walaupun sepatutnya tidak! Aku tak tau samada mereka lupa atau sengaja nak bikin gua panaaas punyee..Aku sedarlah...aku still baru lagi..dah lama-lama ok lah tu..Tapi yang lain memberikan komen yang agak baik atau mungkin ingin menjaga hati kecil ku ini..Apa pun kritikan korang, aku tetap aku dan akan meneruskan perjuangan untuk menjaga dan membesarkan blog ini sehingga ke jinjang pelamin..laaaa..macam nak membesarkan anak lah pulak...Yalaa..keadaan macam nih semua kata-kata nak keluar..aduuh..nasib la motto hidup aku "saya budak baik"!hehe...aku memang budak baik pun...lalala

Aku bukan apa pun, cuma bila terdengar orang lain kutuk, maki hamun ntah apa suma tentang blog ni, terasa la jugak...Dah aku yang buat semuanya...penat jak jari-jemari halus lagi gebu ni menaip. Kalau ya pun, bagi lah nasihat ka..tips-tips yang berguna ka..ini tak, suka-suka gigi dia jak nak kutuk-kutuk!! Eish!! Sekali lagi aku nak beri pengetahuan korang yang berkaitan, atau mungkin para pembaca yang lain yang sememangnya perlu tahu, Blog ni masih lagi Beta...ataupun lebih senang diberikan maksud sebagai 'masih dalam tempoh percubaan'...Walaupun percubaan, aku akan berusaha untuk terus maju dan memajukan blog nih..InsyaAllah..Sebenarnya suatu masa dulu, aku tak terfikir pun nak berblog..kalau ada pun saja nak suka-suka..buang tebiat tambahkan pengguna blog!! Tapi kini aku merasa blog ini harus di abadikan dengan jiwa aku..cehh..Kata-kata seorang kesepian...hehe..

Sebelum apa-apa terjadi, aku nak minta maaf juga kepada yang berkenaan serta pembaca sekalian, sebab post kali nih agak menganggu emosi kalian..hehe..sorii..Tapi, semua perlu di lepaskan..susah juga kalau di simpan-simpan...kan?kan?kan? Oh ya..berita gembira yang aku dapat juga untuk hari ni, projek Web untuk kelas ktorg sedang di jalankan..dan mungkin blog ni akan di iklankan secara percuma..khas untuk yang bertuah seperti aku yang hensem lagi berkerampilan ini..hoho..ok lah..sekian sahaja pembacaan untuk post yang ni..semoga happy selalu..Jadi boleh sentiasa kelihatan muda..yaiii...
3/02/2010

PostHeaderIcon Pengalaman Soft Skills

Update!!Yeaaah....hehe..post kali ni still tentang diri si pemblogger...walaupun sebenarnya tak layak lagi di panggil blogger!! I'm newbieee...dan masih lagi dalam beta post. Tapi yalaah...untuk percubaan alangkah bahagianya jika mempromosi diri dulu...haha..itu bagi aku lah..Bak kata pepapatah, tak kenal maka takkan mengenali...yalaa..takkan pula "maka tak cinta"..abis tu yang lelaki nak menyintai aku juga ka? I'm not gaaayy..sorii...euuu..haha..Ok la..tak mau cerita panjang yang takda kena mengena dengan post kali ni...So, teruskan pembacaan anda di isi kandungan yang utama..hehe

Bagi Politeknik ( IPT lain aku tak tau...tak pernah masuk ), Modul Soft Skill adalah satu modul yang wajib diambil bagi sesapa yang hampir menuju ke alam praktikal. Antara syarat utama untuk meloloskan meluluskan diri. Sememangnya ia amat penting, lagipun sebelum ni aku dah pernah praktikal juga..cuma dalam bidang yang berbeza laa...dari Automotif ke Komputer..huiyoo..memang jauh beza!! Tiba-tiba nak tukar selera untuk belajar tentang komputer pulak..tapi sebenarnya memang teramat menggilai bidang baru ni! Terpesong sedikit dari sasaran laaa..coz aku ingat nak ambik Programming dan bukan Networking, tapi apa lah daya ku untuk menukar..kelas ktorg cuma ada 12 orang masa tu..dan kini hanya tinggal 10!! Satu sejarah yang takkan ku lupakan! Kadang-kadang terasa bosan juga..sunyi jak kelas..macam takda orang pun..semangat yang membara pun dah hilang merayau entah ke mana!! Eish..menyimpang lagi cerita ni..ok..ok...

Terus kepada sari berita penting, pengalaman masa kat soft skill hari ni...saja nak buka post yang macam ni..terasa nak kongsi pengalaman la katakan...So, hari ni adalah hari yang kurang bertuah atau mungkin kerana takdir yang menyebabkan aku terpaksa dan di paksa untuk menjadi orang pertama membuat ucapan bebas kat depan untuk minggu ni..masa tu rasa macam kena kejutan elektrik 24kW jak..Dalam kepala otak ni tak fikir apa-apa lagi. Salah sendiri juga...sapa suruh tak prepare awal-awal kan??...hehe...Namun itu bukan penghalang untuk aku menunjukkan kehebatanku sebagai Super Hero kat depan awek-awek yang cun..heee..Dah sampai kat depan, aku pun belasah lah apa tajuk sekalipun, yang penting markah tetap markah!! So, dengan secara spontannya aku memilih tajuk "Pentingnya Tahu Memasak"..haha..Betul, tak tipu punya tajuk nih! Tajuk tu macam la menunjukkan aku ni pandai sangat memasak, tapi hakikatnya...?? Biar lah rahsia..Isi kat dalam cerita aku tu semuanya aku kaitkan dengan tajuk-tajuk member lain yang dah speech kat depan sejak minggu-minggu yang lalu lagi..hehe...Perlu pantas berfikir...tapi, pantas macamana sekalipun, aku sendiri tak faham akan apa yang aku cakap..Aku harap lecturer tu memahami la akan isi hati aku yang terbuku kat depan tu. Hanya mampu melihat senyuman manis terukir di bibir lect tu.

Jadi pengajarannya di sini, kalau ada kena buat sesuatu tu, bersedia lah awal-awal..jangan jadi macam aku..yang sampai sekarang tak insaf-insaf lagi..huhu..pandai pulak nak nasihat orang..adeehh...
3/01/2010

PostHeaderIcon Kau Kekasihku

Belum boleh lagi...hoho

PostHeaderIcon Permulaannya Adalah Aku



Di suatu tengahari yang panas lagi memanaskan jiwa raga ku ini di tambah pula dengan cahaya matahari menyinari terang akan bumi yang indah nan permai...cehh..tetiba la pulak..hehe..dengan tidak semena-mena aku membuka seluar semula Blogspot yang telah lama bekurung dalam ingatan sebesar 2Gb ku ini. Setelah lama menyepi, aku dengan senang hatinya membina satu blog yang mana akan menjadi sebuah diari kehidupan ku. Aku harap blog ni akan menjadi blog yang terakhir, yang mana blog-blog ku sebelum ni kurang berjaya disebabkan kurangnnya ilmu tentang blog dan memang takda idea nak masukkan apa...hmm...so seksi..haha..

So, kemunculan blog baru ini seterusnya akan mengubah rutin harian ku yg mana semakin hari aku terasa amat bijak bosan! Kawan pun dah berkurangan..bukan apa pun..yang lain dah pindah ke IPT negeri masing-masing. Ternyata tanpa mereka aku tak tahu nak buat apa. Kebosanan amat menyerlah di sanubari jantung hati ini! hehe..Buat masa ni, hanya surf internet saja yang mampu aku lakukan untuk hilangkan suasana bosan. Kalau kawasan sekarang ni bandar takpa la juga..ni just pekan jak pun..aduuhh...tak berkembang langsung kemodenan di kepala otak nih!!

Namun itu semua takkan pernah melemahkan batin semangatku untuk terus menjadi Superduper Hero dalam membina blog ini. Walaupun pada hakikatnya takda apa pun yang interesting sangat kat dalam blog nih! So, dari itu, aku harus menjaga penampilan ku agar aku sentiasa kelihatan muda dan bersinar di mata hati kaum hawa..e'eh..melebih la pulak..sori..sori..nak sangat jadi Hero...hehe..Hm..Sementara menunggu air yang aku masak tadi mendidih, besar hati ku untuk memberikan sumbangan pantun kepada para pembaca di dalam blog ini...

     "lapan dan tujuh kalau di tambah jadi enam"

Ya..itu lah sebuah pantun yang hingga kini aku ingati. Kerana pantun itu lah aku mendapat pangkat 1 darab 4 dalam SPM! haiyoo...Apapun, jangan puji lebih-lebih pulak akan kehebatanku berpantun okie! Dah serik sangat mendapat pujian nih! Apatah lagi surat-surat cinta yang datang dari Unit Displin sambil melafazkan kata-kata cintanya kepada ku yang berbunyi " waaa..cantik rambut"..haha..Melayang RM50!!

So, tanpa memenatkan mata anda membaca satu persatu perkataan dalam post pertama ni..aku dengan lafaz nafas yang kepenatan naik tangga asrama ni merasmikan pembinaan blog yang amat canggih ni!!..haha...

Sebelum mengakhiri post pertama ni, aku ingin berterima kasih kepada para pengunjung dan pembaca yang sanggup, kebetulan dan tersesat serta terpaksa masuk ke blog ini, sekian..

Cari Di Sini

KidHambur KFunC's Fan Box

Shoutbox