3/02/2010

PostHeaderIcon Pengalaman Soft Skills

Update!!Yeaaah....hehe..post kali ni still tentang diri si pemblogger...walaupun sebenarnya tak layak lagi di panggil blogger!! I'm newbieee...dan masih lagi dalam beta post. Tapi yalaah...untuk percubaan alangkah bahagianya jika mempromosi diri dulu...haha..itu bagi aku lah..Bak kata pepapatah, tak kenal maka takkan mengenali...yalaa..takkan pula "maka tak cinta"..abis tu yang lelaki nak menyintai aku juga ka? I'm not gaaayy..sorii...euuu..haha..Ok la..tak mau cerita panjang yang takda kena mengena dengan post kali ni...So, teruskan pembacaan anda di isi kandungan yang utama..hehe

Bagi Politeknik ( IPT lain aku tak tau...tak pernah masuk ), Modul Soft Skill adalah satu modul yang wajib diambil bagi sesapa yang hampir menuju ke alam praktikal. Antara syarat utama untuk meloloskan meluluskan diri. Sememangnya ia amat penting, lagipun sebelum ni aku dah pernah praktikal juga..cuma dalam bidang yang berbeza laa...dari Automotif ke Komputer..huiyoo..memang jauh beza!! Tiba-tiba nak tukar selera untuk belajar tentang komputer pulak..tapi sebenarnya memang teramat menggilai bidang baru ni! Terpesong sedikit dari sasaran laaa..coz aku ingat nak ambik Programming dan bukan Networking, tapi apa lah daya ku untuk menukar..kelas ktorg cuma ada 12 orang masa tu..dan kini hanya tinggal 10!! Satu sejarah yang takkan ku lupakan! Kadang-kadang terasa bosan juga..sunyi jak kelas..macam takda orang pun..semangat yang membara pun dah hilang merayau entah ke mana!! Eish..menyimpang lagi cerita ni..ok..ok...

Terus kepada sari berita penting, pengalaman masa kat soft skill hari ni...saja nak buka post yang macam ni..terasa nak kongsi pengalaman la katakan...So, hari ni adalah hari yang kurang bertuah atau mungkin kerana takdir yang menyebabkan aku terpaksa dan di paksa untuk menjadi orang pertama membuat ucapan bebas kat depan untuk minggu ni..masa tu rasa macam kena kejutan elektrik 24kW jak..Dalam kepala otak ni tak fikir apa-apa lagi. Salah sendiri juga...sapa suruh tak prepare awal-awal kan??...hehe...Namun itu bukan penghalang untuk aku menunjukkan kehebatanku sebagai Super Hero kat depan awek-awek yang cun..heee..Dah sampai kat depan, aku pun belasah lah apa tajuk sekalipun, yang penting markah tetap markah!! So, dengan secara spontannya aku memilih tajuk "Pentingnya Tahu Memasak"..haha..Betul, tak tipu punya tajuk nih! Tajuk tu macam la menunjukkan aku ni pandai sangat memasak, tapi hakikatnya...?? Biar lah rahsia..Isi kat dalam cerita aku tu semuanya aku kaitkan dengan tajuk-tajuk member lain yang dah speech kat depan sejak minggu-minggu yang lalu lagi..hehe...Perlu pantas berfikir...tapi, pantas macamana sekalipun, aku sendiri tak faham akan apa yang aku cakap..Aku harap lecturer tu memahami la akan isi hati aku yang terbuku kat depan tu. Hanya mampu melihat senyuman manis terukir di bibir lect tu.

Jadi pengajarannya di sini, kalau ada kena buat sesuatu tu, bersedia lah awal-awal..jangan jadi macam aku..yang sampai sekarang tak insaf-insaf lagi..huhu..pandai pulak nak nasihat orang..adeehh...

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Apa yang sedang anda fikirkan

Cari Di Sini

KidHambur KFunC's Fan Box

Shoutbox